BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Red Devils

Red Devils

Monday, December 14, 2009

Perfect day...



Slamat tgh mlm.Hari ini ambo nk bercerita psl bola sepak lagi.[hehe]

Pukul 8 malam waktu di Laos, Malaysia membuat sepak mula dan seawal minit ke 14,Badrol Bakhtiar melakukan sepakan gunting utk memberikan Msia pendahuluan.Pemain2 negara terus mengekang asakan pihak lwn dan mengimbangi perlawanan.Pritt!tamat separuh masa pertama,Rajagobal mula mencongak strategi seterusnya.

2nd half bmula,n akibat sedikit kelalaian keeper,[dan mungkin juga kerana bernasib baik],Laos memperoleh gol pnyamaan mereka hasil rembatan jarak jauh [nama dia ambo x ingat].Rajagobal mengeluarkan Manaf Mamat,strategi agaknya.Kunalan melakukan 'lob' melepasi jangkaun keeper Laos tp mengenai palang,,aduhh!,kemudian Badrol Bakhtiar skali lg bijak mengambil peluang,GoLL!!!Malaysia mendahului 2-1.

Penyerang baru sensasi kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha melakukan larian di tepi garisan dan melorongkan bola kepada Safiq Rahim utk ditolak ke dalam gawang,melambung tggi,tp masuk![haha].Malaysia mendiamkan sorakan 20 ribu penyokong tuan rumah,jarang skali keadaan ini berlaku.3-1,Rajagobal memasukkan Asraruddin Putra Omar utk menggantikan Shahrul yg sudah dilayangkan kad kuning,great play by him.Rajagobal menepuk bahu mengucapkan tahniah kerana beraksi cemerlang.

Wisel penamat ditiup setelah tambahan masa 3 minit,MALAYSIA ke final!!!

Tahniah diucapkan,perak sudah dlm tgn tp Malaysia ingin mmburu emas,10 kali kita di pentas final,tp berapa kali kita dpt jadi juara?Sudah agak lama pasukan bola sepak Malaysia yg dikatakan manja ini tidak memenangi apa2 kejuaraan.Sekarang lah waktunya utk mmbuktikan skuad Malaysia kini sudah tersedar dari lena yg pnjg.Harapan menggunung rakyat Msia disandarkan kpd pemain2 muda dan juga ketua jurulatih kebangsaan,K. Rajagobal.

Mungkin selepas ini Malaysia akan naik le sdikit ranking FIFA,skarang kat tangga ke-152 dunia.sudah agak lama juga x bganjak.Malaysia akan menentang Vietnam yg membenam cabaran Singapura 4-1 pada 1 lg pentas semi-final.[Vietnam dh mng 3-1 ngn Msia pada group stage].Mereka juga mngkin pasukan terkuat edisi kali ini.Persoalannya adakah mampu Malaysia merealisasikan impian ini?

Doa2 rakyat Malaysia mengiringi pasukan Harimau Malaya ini.smoga berjaya!

Ambo tertarik utk mengulas mengenai persembahan Nor Shahrul Idlan Talaha yg ambo sifatkan mungkin Wayne Rooney tbaru Malaysia.Beliau tidak tamak utk mmburu gol,tp sekali skala mengacah dgn tndangan ibarat peluru.Stakat ini beliau sudah menyumbang 3 gol,tp apa yg paling penting ialah kerjasama berpasukan.Beliau juga bijak dan x malu nk memperagakan skil yg ada,memperdayakan bek lawan dan melorongkan bola kepada target man di dpn gol.Apa yg ambo dpt lihat n kagum dgn dia ialah semangat dan stamina yg tggi ditunjukkan,mmbuktikan kesungguhan beliau utk menjulang nama Malaysia di persada Asia,kalau pun belum dunia.

Pujian ini bukan utk menidakkan keupayaan pemain2 laen yg juga bertungkus lumus.Pujian kpd pertahanan yg smakin mantap dan serasi.Tp, dgn kehadiran Shahrul,seolah2 permainan mnjadi pantas dan kerap juga memerangkap lawan dgn gerakan counter-attack,hasil larian beliau dan Kunalan.Shahrul yg dipggl Mat Yoe oleh penyokong2 Kelantan, mudah membuka ruang utk penyerang2 Msia yg lain mencari posisi.

Dihrapkan pemain2 muda yg lain meniru smngat juang yg tggi ditunjukkan pemain2 kebangsaan.Mereka bangga menyarung jersi hitam kuning itu.Mungkin sdikit pembaharuan boleh dibuat oleh badan berkuasa FAM,meletakkan bendera Malaysia di jersi pemain kebangsaan,bukan hanya logo FAM,[maaf teguran dan cdangan shj].Contohi Laos yg bangga berjuang utk negara mereka,walaupun akhirnya tewas kpd pasukan lbh baik.


Stakat ini shaja la ulasan bola sepak Msia,kita tggu pentas final.Ambo akan ulas lagi.Ada yg kata,menang kalah adat pertandingan,tp kita mmg mahu mng kali ini.Better team will win in this clash.Dan kepada Mat Yoe,teruskan usaha dan skil anda memerangkap bek lawan,ambo salute demo![teruskan dlm team Kelate jgk!hehe].

Sekian, wassalam
Majulah sukan utk negara dan bangsa.

0 comments: